Aku pergi ke kedai Hamid tadi sebab nak cuba kedua dua lip depan belakang yang di beli hari tu, bukan apa, kalau tak ngam kena la hantar balik. Dalam masa tu Hamid dah mula simen & gosok keta aku. Ish..tak sabar pulak rasanya nak tunggu keta siap.
Hamid tengah bukak packaging..muka stress sebab layan kerenah aku heheheh
Dari sudut tepi dengan front spoiler Erebuni
Lip belakang nampaknya kena potong sikit sebab sedan punya.
AutoExe ialah tuner 323/Familia BJ fav aku selain Erebuni. Diaorang ni memang tune banyak model Mazda. Cuba tengok gambar kat bawah, cantik betul la.
Mazda 323/Familia BJ hatchback (Sports20) :
Mazdaspeed Familia BJ (Japanese version) :
AutoExe website : http://www.autoexe.co.jp/english/car/Familia(BJ)/01.html
Akhirnya project ni berjalan juga setelah 5 bulan menanti kesemua barang barang yang di order dari Jepun cukup. Gambar ni di ambil semalam iaitu 05 May 2008 & atas ihsan kamera phone Harun MS sebab aku takde masa nak pergi jenguk kereta aku tu.
Aku belum sempat interview Abg Li yang pasangkan bodyparts aku tu tapi menurut penerangan Harun, transformasi ni HAMPIR plug & play iaitu tak membabitkan pemotongan pada chasis & bodyparts baru & ketukkan pada chasis, cuma beberapa bahagian kena adjust untuk finishing yang lebih kemas. Additional barang yang kita kena beli ialah clip untuk inner fender & beberapa yang lain. Upah pasang sekali dengan clip clipnya dalam RM200 which aku rasa quite berpatutan.
Sekarang hanya tunggu nak pasang Eribuni lips & Sports20 rear lips & cat warna baru, aku rasa dah tau nak taruk warna apa, tapi entah lah so tunggu je la resultnya nanti.
Gambar tak berapa sharp sebab pakai camera phone. OK guys, enjoy da pixs!
Bodyparts lama
New Facelift
Abg Lie tengah adjust bumper
Dah siap
Dari angle lain
Apa la kena dengan distributor Mazda Malaysia sampai jam kat dashboard pun tak di baginya, dah la bagi radio clarion yang takde quality.
So berbalik dengan topik di atas, sabtu lepas masa aku pegi beli absorber belakang keta aku, terjumpa la aku dengan half cut Mazda BJ 1.6 sedan, cantik lagi half cut ni tapi banyak barang dah takde seperti fender & lain lain. Yang frust tu half cut ni datang dengan tanpa rear disc!
Tapi masa dah nak balik, aku ternampak jam masih terlekat di panel dashboard & bodek punya bodek, nasib baik taukeh kedai potong tu sanggup bukak & jual kat aku & harganya tak lebih RM100 so hari ni aku pasang.
Gambar ada kat bawah...enjoy!
Sebelum masuk jam
Proses memasang
Dah siap!
Parts yang di order dari jepun spt bumper, fender, grill, headlight & inner febder dah sampai! TAPI masih tak boleh masuk & hantar cat lagi sebab mamat jepun lupa nak masukkan front bonet dalam kontena! Aduh! tensen aku siut!
So kena la tunggu sebulan lagi sementara bonet depan sampai baru boleh pasang & cat keta aku, buat sementara waktu ni aku hanya bawak barang yang boleh muat keta aku je lah. Bumper aku tinggal kedai potong, akan aku ambik sekali dengan bonet bulan depan.
OK gambar barang yang berjaya aku bawak balik umah...enjoy!
Aku baru beli Sport 20 punya dash kit dari UK, menang kat ebay dengan harga yang bagi aku sangat berpatutan sebab barang ni baru lagi. Barang dah sampai kat rumah Torot, hanya tunggu Torot ship kat aku ler. Excited siut tunggu barang ni.
Thanks to Torot sebab tolong aku dapatkan barang ni!
Sila lihat detail di bawah:
Yang aku pakai sekarang
Yang baru punya
Takde beza apa pun cuma warna dia silver! Skang problemnya ialah untuk cari round aircond button pulak...ehehehheh
Aku baru beli radio baru untuk keta aku sebab keta aku punya cd player dah tak boleh main, FYI C&C memang bagi bagi radio Clarion yang bermasaalah, setakat ni dah 2 biji Mazda BJ yang mempunyai masaalah yang sama.
Terseksa batin aku dengar lagu lagu yang di mainkan oleh station radio, lagu lagu sama jer & boleh bawak mengantuk. Sejak aku jual keta aku, memang terasa siksa la jiwa aku dengar radio hari hari, kalau tak tu pasang cd band band yang aku minat jer ..contohnya Discharge, Ramones, Bad Religion, Dead Kennedy, Biohazard, Black Flag, The hives, Selpultura atau yang seangkatan dengannya tak pun aku layan Jewel or The Go Go's heehehheheh.
Sebelum aku melalut jom tengok radio baru aku.
Radio baru aku
Radio Lama
Yes memang wujud fiber kit untuk Mazda BJ di Malaysia, ianya terletak di JB! Kedai ni punya customer kebanyakkannya dari Singapore. Disebabkan dia cater untuk BJ Singapore so kebanyakkan partsnya seperti front lip, eye led, side skirt & rear lips adalah untuk model facelift & sedan. FYI aku punya Sport 20 side skirt pun beli kat kedai ni.
Sila lihat gambar bawah:
OEM Erebuni Style front lips - Harga SANGAT BERPATUTAN..ehheheh
Sama dengan original Erebuni punya (BJ Special Models), gambar bawah :
Erebuni Official Website : http://www.erebunicorp.com/
___________________________________________________________________________________________________
Lain lain product diaorang untuk Mazda 323 BJ
Kastum front lip, eyelid & grill
Kastum front lip
Most likely bila bodyparts aku sampai nanti, aku akan ambik Erebuni punya front lip & kastum grill tu le, nampak menarik gak. Tapi problem skang ialah nak cari rear skirting? Sebab kedai ni hanya ada yang sedan punya. Takpe usaha tangga kejayaan..ehehehhehe
enkei rpo1 pun cun....ringan dan dengan slamber bj ni akan memecut...hehehehhe read more
on Erebuni front spoiler & Sports20 rear lips Fitting